Friday, September 19, 2008

Konvo Angah







Tahniah untuk Angah..



Acik selalu mendoakan kejayaan Angah untuk ke tahap yang lebih tinggi lagi. Selamat menjawat jawatan Timbalan Pendakwa Raya. Jangan sedih kalau tak dapat balik beraya tahun ini. InsyaAllah , Acik dan Paman akan datang ke Sabah. Apa yang penting kerja dengan jujur, amanah, ikhlas dan beretika.

Thursday, March 27, 2008

Kek Coklat Basah



Untuk kekawan yang minat resepi kek...

Bahan:
Satu 1/2 cawan minyak mazolla (boleh juga minyak masak biasa)
Satu cawan gula castor
Satu 1/2 cawan tepung gandum (ayak)
1/2 cawan serbuk koko (ayak)
Satu sudu teh baking powder (ayak)
Satu sudu teh soda berkarbonit (ayak)
Satu cawan air panas mendidih
Satu sudu teh esen vanilla
2 biji telur
Satu cawan susu sejat / cair

Langkah demi langkah:
-pukul telur sampai gebu dan kembang
-masukkan gula castor, pukul hingga ringan
-masukkan minyak mazolla - teruskan pukul
-masuk esen vanilla-kacau rata
-masukkan air panas mendidih dan susu sejat - teruskan pukul hingga kembang
-masukkan campuran tepung, serbuk koko, baking powder & soda berkarbonit (kacau rata/ pukul ringan)
-Bolehlah dibakar hingga masak (** kalau nak lagi sedap kukus dahulu kemudian baru bakar)

Cara membuat topping:

3/4 cawan minyak mazolla
1 cawan susu sejat
1/2 cawan koko
1/2 cawan gula castor (ikut suka anda)

Cara membuat:
campurkan kesemua bahan tersebut dan jerangkan di atas api yang sederhana besar hingga pekat dan apabila suam boleh terus tuang ke atas kek yang telah siap masak. Hiasan terpulang kreativiti sendiri.


...Mulanya cadang nak delet je resepi ni, tapi bila teringat raya pun dah dekat dan mungkin boleh digunakan semula oleh kekawan untuk persediaan buat kuih raya.. Selamat berpuasa dan selamat membuat persediaan untuk raya






Vietnam dan erti Kemerdekaan




14 - 17 Ogos 2008


Setibanya di lapangan Terbang Tan Son Nhat, rombongan disambut oleh wakil syarikat pelancongan dan dibawa makan malam.Keesokan harinya merasai keperitan peperangan rakyat Vietnam dengan menjejaki Terowong Chu Chi yang terkenal semasa perang Vietnam dan Amerika. Makan tengahari dan melawat ke tempat-tempat bersejarah seperti (Muzium Sejarah Peperangan, Norte Dame dan Pejabat Pos lama. Sepanjang berada di Vietnam, jarang sekali melihat pengemis berkeliaran. Suasana perjalanan begitu tenang, santai dan tiada gangguan. Menikmati makan malam dengan diiringi persembahan puppet show sungguh mengasyikkan. Seterusnya menyusuri sungai Mekong , fikiran melayang-layang dan cuba membayangkan suasana seperti keadaan dalam filem seram "Nang Nak". Apa yang paling seronok kali ini kerana suami mahu ikut sama bercuti...

Raya Di Kampung Tahun 2008














Gambar-gambar sekitar sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun 2008.
Bertuah suami kerana masih ada kedua ibu dan bapa untuk dikunjungi pada hari lebaran. Alhamdulillah boleh juga anak cucu merasai kasih sayang Atuk dan Nenek. Walaubagaimanapun bagi kedua arwah ibu bapa ku yang telah tiada, tidak pernah kami lupai untuk menziarahi pusaranya... amin-amin Ya Rabbil Alamin.